“ASSALAMUALAIKUM...”
Tiga kepala yang berada diruang tamu menoleh
serentak sebelum salam dijawab.
“Hai...” Dengan senyuman mesra Irdini menyapa
budak bertiga yang tengah pandang dia dan Izzat dengan riak blur. Haruslah pelik bila muka-muka
asing datang ke rumah. Ye tak?
“Along, angah, adik... kita ada tetamu. Mari
salam kakak dengan abang.” Tanpa menunggu lebih lama, Izzat dan Irdini
diperkenalkan kepada tiga beradik itu. Acik Noli menarik ketiga-tiga anaknya
itu rapat ke arah tetamu.
“Along?” Budak perempuan yang pakai baju tidur
lusuh warna hijau itu disapa ketika tangannya dicium. Senyuman dia berbalas.
Juga mesra.
“Angah...” Tak perlu diteka, budak lelaki umur
tujuh tahun itu ramah memperkenalkan
diri.
Senyuman Irdini bertambah mesra. “Angah...”
tutur dia lembut sebelum beralih pandang pada budak perempuan yang dimaklumkan
berumur empat tahun disebelah si angah. “Alaa... comelnya...” Pipi budak
perempuan itu dielus lembut.
“Kakak...” Kuluman senyum malu-malu dibalas
pada Irdini. Lesung pipit sebelah kiri jelas kelihatan.
Lepas Irdini, giliran Izzat pula disapa. Lelaki
itu menyambut huluran salam tiga beradik itu bersama senyuman. “Meh sini.” Kata
dia seraya tunduk mengendong si bongsu. “Abang nak panggil apa ni?” Soal Izzat.
Pipi si bongsu dipicit lembut.
“Adik.” Ringan mulut si bongsu membalas.
“Oh... adik. Along, angah, adik...” Sebut dia
satu persatu ketika melirikkan mata ke arah
tuan-tuan empunya gelaran.
“Kamu bersembang la dulu. Acik ke dapur kejap.”
Maklum Acik Noli sebelum dia menghilangkan diri ke belakang.
“Ye Acik.” Balas Irdini yang dah duduk bersila
di atas lantai.
Perbuatan selamba Irdini itu membuatkan lirikan
sinis dari Izzat. “Aku tak dengar pulak Acik pelawa kau duduk.”
“Eh, suka aku la. Dah aku masuk dalam rumah
acik, takkan aku tak duduk? Nak kena berdiri macam kau ke? Ke nak aku berdiri
sebelah kau?” Bidas Irdini dengan ayat ‘berperisa pedas’ yang sama. Sedas
jelingan buat Izzat ditembak sebelum tangan dia ringan mencapai bekas kerepek
ubi yang terbuka di sebelah anak sulong Acik Noli. Tangan diseluk ke dalam
bekas. Dua keping kerepek ubi ditarik keluar dan dimasukkan ke dalam mulut.
“And aku
tak dengar jugak acik pelawa kau makan.” Perlian dilontar lagi. Izzat
menggelengkan kepala. Gila tak malu. Ada jugak makhluk muka tebal macam kau
atas bumi ni?
Haih! Pejam mata sesaat. Bengang pulak aku
dengan mamat kerek ni! “Acik, Nini mintak izin duduk. Kerepek ubi ni, Nini
makan sikit ye.” Beritahu Irdini pada Acik Noli yang masih tak menampakkan diri
dari dapur.
“Laaa... Duduk je la. Kenapa nak mintak izin
pulak? Makan je kerepek ubi tu. Kerepek tu memang untuk dimakan pun. Bukannya
nak kena perhati je.” Balas Acik Noli
yang masih berada di dapur.
“Dengar?” Mendengar kata-kata Acik Noli yang seratus peratus berpihak kepada dia
itu, satu senyuman bangga disungging buat Izzat. “Acik cakap, nak duduk takyah
mintak izin. Dan ini... memang untuk dimakan. Bukan diperhati je. Faham?”
Izzat yang masih mengendong si bongsu terus
kalih muka arah lain. Buat gaya macam Irdini bercakap dengan tiang. Mata dia
mula berjalan. Setiap ruang rumah itu diperhati lama. Rumah itu memang sempit.
Boleh dikatakan besar sikit dari bilik dia di rumah. Dinding-dinding kayu
kebanyakan dah reput.
Mata dibawa pula ke atas. Bumbung yang tak
bersiling direnung lama. Hanya disalut dengan zink yang dah lama. Pandangan dia
ditajamkan lagi. Ada bocoran pada zink.
Ni kalau hujan confirmed air
masuk rumah. Dia bawa mata terus ke lantai simen yang dah retak dan
berlubang-lubang. Hati dia tiba-tiba jadi sayu. Sayu dengan keadaan rumah Acik
Noli. Dia jatuh simpati. Simpati pada kehidupan keluarga wanita itu.
Rupa-rupanya dalam kota metropolitan macam ni pun masih lagi ada lagi kehidupan
macam ni. Tiba-tiba dia jadi insaf.
“Apehal kau tak duduk?”
Sentak! Irdini yang baru tembak dia dengan
soalan tak dikerling. Dia hanya diam tak berkutik di situ. Tak rasa pulak nak
membalas.
“Oh. Aku lupa. Kau kan kena orang pelawa. Acik!”
“Ye!” Sayup-sayup Acik Noli menyahut.
“Izzat
tanak duduk sebab acik tak pelawa dia duduk.”
“Apa dia?”
“Hey!
Hey!” Izzat yang tengah buat muka cool
terus gelabah dengan jeritan agak kuat gadis itu. Lebih pantas dari kilat ruang
kosong di sebelah Irdini diisi. Bukan dia nak sangat duduk di sebelah gadis
itu. Tapi disebabkan ruang tamu yang sangat sempit, dia terpaksa. Dan dia tak
ada pilihan.
“Menggelabah...” Ketawa pecah. Kelakar pulak
bila dia tengok riak cuak di muka Izzat. Bukan selalu. Pertama kali kot! “Mengada.
Nak duduk kena pelawa. Ceit!” Dia buat muka. Muka sinis yang dituju khas pada
lelaki itu.
“Shut. Up...?”
Ketawa dah mula lesap. Senyuman mengejek yang
masih tinggal. Bekas kerepek ubi dihulur pada Izzat.
“Tanak!” Tegas
tolakan itu.
“Siapa kasi kau? Aku kasi adik ni.” Sekeping
kerepek ubi dihulur pada tangan si bongsu. “Kesian orang tu kan, dik. Boleh
pulak dia perasan kan?”
Toink! Toink! Tetiba Izzat terasa macam ada
yoyo tengah melantun-lantun atas kepala dia. Muka terasa panas. Malu dia jangan
cakap la macam mana. Namun, dia masih sedaya upaya tunjuk muka selamba.
“Ye la... Orang tu mana layan kerepek ubi macam
ni. Makan dia cikedis. Yang selalu keluar iklan besar-besar dekat tv tu.
Setakat kerepek ubi ni, memang dia tak padang la kan. Ye tak, adik?” Perlahan
ayat-ayat itu ditutur, namun sangat tebal dia punya perisa sinis di situ. Walaupun
mata dia pada budak lelaki di riba Izzat, tapi memang sangat jelas kata-kata
sinis itu dituju pada lelaki yang meriba si bongsu.
Bukan dia tak perasan Izzat ada buat ‘banci’
sukarela pasal rumah Acik Noli tadi tu. Dia nampak. Dia tengok mata Izzat pergi
mana. Dia tahu Izzat anak orang kaya. Walaupun dia hanya naik LC pergi kelas.
Kalau dari kawasan dan rekabentuk rumah Izzat, dia pasti yang keluarga lelaki
itu adalah keluarga yang berada. Tak perlulah dia melangkah masuk ke dalam
kawasan yang berpagar tinggi yang diukir mewah itu untuk dapat kepastian
tentang kedudukan taraf keluarga lelaki itu. Semuanya dah jelas kelihatan. Jelas
walaupun hanya dengan pandangan mata kasar dia.
Zapp! Dia dapat rasa kelajuan darah dia naik ke
otak. Dan dia juga dapat rasa ada bengang mula bertandang. Pejam mata sesaat.
Kemudian memicing mata dia menghala ke wajah selamba Irdini. Bekas kerepek ubi
yang dipeluk Irdini dirampas kasar. Tangan diseluk ke dalam. Digenggam kerepek
itu lalu dimasukkan ke dalam mulut sebelum dikunyah laju. Siapa cakap dia tak
layan kerepek ubi? Kerepek ubi pun makanan apa? Sindiran yang tak bertapis
budak troublemaker itu memang buat
dia rasa tak puas hati. Dia tahu Irdini dah salah anggap dengan apa yang ada
dalam kepala dia. Mesti gadis itu mengandaikan ‘bancian’ dia tentang rumah Acik
Noli itu adalah dalam perspektif yang negatif. Suka hati dia je nak judge aku. Heh!
Melihat perbuatan yang tak disangka-sangka itu,
mulut dia ternganga. Dengan keluasan yang nampak macam boleh sumbat satu buku
penumbuk, kelip-kelip mata dia merenung muka Izzat yang tengah bergerak-gerak
mengunyah. “Wahhh... Charmingnya...”
Perkataan itu buat Izzat laju bawa mata hadap
Irdini.
“... adik ni.” Tak mahu Izzat perasan dengan
pujian yang terlepas dari bibir sendiri, cepat pipi budak empat tahun yang
berada di ribaan Izzat dicubit-cubit lembut.
“Jemput minum.” Acik Noli muncul semula bersama
dulang ditangan. Dulang yang mengandungi dua cawan air teh panas dan sepinggan
rempeyek. “Nini cakap apa tadi? Acik keluar pergi belakang kejap. Angkat kain.”
“Err.. acik. Apa nama budak-budak ni?” Belum
sempat Irdini nak menjawab, Izzat terlebih dulu pantas mencelah. Sempat dia
menghantar renungan tajam pada Irdini tanda isyarat supaya gadis itu tidak
mengulang apa yang dijerit dia sebentar tadi.
“Oh. Nama diorang ye? Along nama dia, Nurul
Hana. Angah... Muhamad Naim. Yang bongsu pulak... Nurul Tasneem.”
“Wah... sedapnya nama. Hana, Naim... Tasneem.”
Ulang Irdini satu persatu.
“Arwah ayah diorang yang kasi nama-nama tu. Dia
cakap tanak letak nama
panjang-panjang. Katanya nak yang simple tapi
sedap. Kalau letak nama panjang-panjang pun, bukannya nak panggil semua. Yang
singkat-singkat juga orang panggil, ye tak?” Seloroh wanita itu sebelum ketawa.
“Izzat, kamu ada berapa orang dalam family?”
Soalan dari Acik Noli dia tak terus jawab. Malah
dia boleh pula kalih tenung Irdini disebelah.
Kerut dahi. Lepas tu dia angkat kening sebelah.
“Acik tanya kau. Asal tengok aku?” Tenungan Izzat dibalas pelik.
“Kau tanak
jawabkan ke? Kau kan tau semua pasal aku.” Sindir Izzat dengan muka tak beriak.
Sentak dua saat. Lepas tu Irdini terus tunjuk
muka jelik. “Excuse me. Tak semua
okey. Nak-nak lagi about your family.” Tekan Irdni dengan
suara agak kuat. Dia mencebik panjang. Bajet kau tu Arjun Rampal ke yang ada
Wikipedia sendiri yang tulis tentang sejarah hidup kau. Heh! Tapi... Haah la...
Aku tak pernah tau pulak dia ada berapa adik beradik. Asal aku boleh terlupa
nak spy dia punya family. Sepatutnya family dia perkara pertama yang patut
aku stalk.
“Family
saya kecik je acik. Saya ada ibu, papa dan sorang adik.”
“Oh. Seorang je? Masih sekolah lagi ke?”
Senyum. “Dia macam saya, acik. Dah lama habis
sekolah. Tapi masih belajar lagi.”
Terangguk-angguk Acik Noli dengan cerita Izzat.
“Belajar dekat mana? Adik kau tu perempuan ke
lelaki? Umur dia berapa? Dia kerek macam kau tak? Hati dia beku macam ais jugak
ke?” Irdini yang memang tengah tunggu masa nak mencelah terus menembak laju.
Tiga soalan ditanya pantas. Tak tahu lah kenapa, tapi dia rasa dia betul-betul
nak tahu pasal hidup Izzat.
“Aku just
berminat nak jawab soalan acik je.
No answer for stranger.” Dengan nada
gila berlagak, Izzat membalas. Tangan mencapai cawan yang terhidang di tepi
lutut lalu dirapatkan ke mulut. Air teh yang masih panas dihirup perlahan.
“Tanak
jawab sudah! Tapi takyah ah nak tunjuk kerek! Eesh!” Ada jugak yang kena hentak
kepala dekat lantai ni kejap lagi. Ayat terakhir disambung hanya dalam hati.
Cakap kuat-kuat kang, takut boleh cetus aksi tarik-tarik rambut pulak. Haih!
“Alahai... korang berdua ni. Dari tadi bergaduh
je kerjanya.” Tergeleng-geleng Acik Noli dengan telatah dua remaja itu. Tak
sudah-sudah berperang. “Ni acik nak tanya kamu pulak Nini. Ada berapa orang
dalam family kamu?”
Muka bengang serta merta bertukar sayu bila
soalan yang sama untuk Izzat beralih pula pada dia. “Sepatutnya enam orang.
Tapi empat dah pergi dulu, sekarang tinggal dua je la.”
“Empat pergi dulu?” Acik Noli nampak keliru.
Izzat disebelah Irdini terus kasi perhatian
penuh pada gadis disebelahnya itu. Walaupun muka Irdini tak dipandang, tapi
telinga dibuka luas untuk mendengar cerita kisah hidup gadis itu. Tetiba dia
terasa macam nak ambil tahu.
Senyum segaris. Dia mendongak ke atas. “Mama,
papa, kakak dengan adik Nini dah pergi menghadap Allah S.W T.” Nafas dihela
panjang. Dalam diam sebenarnya dia tengah tahan sebak.
“Innalillahiwainnailaihirajiun...” Seru Acik
Noli perlahan. Bahu Irdini disentuh. “Bila, Nini?”
“Dah tiga tahun.”
Izzat pandang Irdini. “Macam mana boleh...”
“Aku just berminat
nak jawab soalan acik je. No answer for stranger.” Dan dengan muka
kerek yang dibuat-buat, soalan Izzat yang tak sempat nak habis dipotong. Lebih
laju dan pantas dari kilat. Puas hati aku! Eheh!
Izzat telan liur. Tersentak jugak dia dengan
pulangan paku keras dari gadis itu. Kan dah kena balik. Riak muka dia kawal
keta-ketat. Bajet cool, E-jat. Bajet cool.
“Tapi...” Muka Izzat dicari dan ditatap sekejap
sebelum dia menyambung, “... aku tak kejam macam kau. Takpe, aku jawab soalan kau tu. Diorang terkorban dalam kebakaran
rumah kitorang dekat Petaling Jaya dulu.”
“Ya Allah...” Seru Acik Noli lagi. Dia yang
mendengar cerita Irdini terasa sebak tiba-tiba. Tak sangka pula gadis yang
berperwatakan ceria yang dia baru saja kenal ini sebenarnya mempunyai kenangan
hidup yang pahit.
“Dah tu sekarang ni Nini tinggal dengan abang
ke?”
Geleng. Kemudian senyum segaris. “Kawan. Izyan
nama dia. Kitorang kenal sejak sekolah menengah lagi. Yan tinggal dengan Nini
sejak masuk universiti.”
Terangguk-angguk Acik Noli mendengar cerita
Irdini. “Abang?”
“Dekat Melbourne.”
“Jauhnya. Abang Nini sambung belajar dekat sana
ke?”
“Dia dah kerja, acik. Dah lapan tahun dia
tinggal dekat sana. Habis je belajar
dia terus kerja dekat universiti tempat dia belajar tu.” Cerita Irdini lagi.
“Nini ada jugak la sekali-sekala tu pergi jenguk abang dekat sana. Tak pun
kalau ada masa, abang akan balik sini. Asalnya abang minta Nini tinggal dengan
dia. Sambung study dekat sana. Tapi
Nini macam tak boleh nak survive la
dekat tempat orang. Tempat orang tak macam tempat kita sendiri.” Senyum sesaat.
Seraya itu dia menghela nafas.
“Abang dah kahwin ke belum?”
“Dah. Dah ada anak pun. Acik tau, Nini dah ada
dua orang anak buah. Sepasang. Yang lelaki enam tahun. Perempuan tiga tahun.”
Dan ketika ini bayangan wajah abangnya sekeluarga terbayang di ruang mata.
Alahai... Rindunya dekat korang!
Izzat diam tak berkutik ditempatnya. Dalam hati
dia berterima kasih pada Acik Noli bila perkara-perkara yang dia ingin tahu dah
ditanya oleh wanita itu pada Irdini. Tumpuan dia mula beralih bila hati dia dah
panggil dia untuk berborak. Oh, kiranya dia anak yatim piatu. Ada abang yang
tinggal dekat Melbourne. Tadi dia cakap adik dengan kakak dia meninggal.
Jadinya, dia anak number tiga la kan?
Okey, dia anak number tiga. Tapi...
asal dia tinggal dengan kawan? Dia tak ada keluarga lain ke? Mana pergi datuk
dengan nenek? Takkan la dia tak ada ibu atau bapa saudara? Sepupu dia ke...
eh!!? Papp!
“Izzat, kamu kenapa?” Tersentak dengan
perbuatan Izzat yang tiba-tiba menampar pipi sendiri, Acik Noli menegur pelik.
Mahunya tak tersentak kalau dah tiba-tiba Izzat buat macam tu.
“Apehal kau?” Irdini yang ikut tergamam,
bertanya dengan dahi berkerut. Kena sampuk ke hapa mamat sweater putih ni? Tetiba je lempang pipi sendiri?
“Nyamuk ke?” Mata Acik Noli masih pada
Izzat.
Riak terkedu bila dia tampar pipi sendiri belum
lagi hilang, ditambah pula dengan terkedu akibat disergah oleh dua wanita di
depannya itu. Dia yang tak tahu nak jawab apa terus membalas, “Haah...Nyamuk.”
Dan bila saja dua wanita itu menyambung kembali perbualan mereka yang
tergantung, cepat-cepat dia tunduk bawah. Tangan meraup muka. Apahal aku tetiba
sibuk nak tahu pasal budak troublemaker
ni pulak!? Perlu ke? Haih! Memang tak lah kan!
******
p/s:- sorry lambat update...
p/s:- sorry lambat update...